Bantuan Kemanusiaan

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PALESTIN


Allah Taala berfirman;

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu saling bersaudara” (Surah al-Hujurat: 10).

Keimanan menjadi ikatan yang menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam walaupun sebahagian besar daripada mereka tidak pernah mengenali dan berjumpa. Penduduk Gaza yang beragama islam adalah melebihi 90%. Kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza telah berlangsung sangat lama dan kesengsaraan rakyat Palestin sudah melebihi 76 tahun secara umumnya. Mereka hidup dibawah pelbagai sekatan akibat percaturan jahat Jerman, Amerika, Britain, israel dan sekutu mereka. Rakyat Gaza adalah pertahanan utama rakyat Palestin dalam mempertahankan kesucian dan kedaulatan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tabung Kecemasan Cakna Palestin:

Tujuan Utama tabung ini adalah seperti berikut:

1. Bantuan Makanan

2. Bantuan Psikososial kepada penduduk Gaza

3. Bantuan kewangan kepada penduduk Gaza terutama guru-guru yang membantu pelajar dibawah Tahfiz dan Gaza Bestari di Gaza

4. Bantuan Pendidikan

5. Bantuan Kecemasan mengikut permintaan semasa seperti kit kebersihan, kit air, perubatan dan juga khemah 


Cakna Palestin telah mengadakan Program Soup For Gaza sejak Januari 2024. Program ini menjadi program utama setelah program pendidikan dibawah kami terpaksa dihentikan sementara memandangkan keadaan sangat genting dan keperluan utama bagi keadaan semasa iaitu keperluan kepada makanan asas bagi mengatasi kebuluran yang melanda rakyat Gaza akibat sekatan bantuan kemanusiaan oleh israel laknatullah. Program agihan bantuan makanan ini sangat mendapat sambutan kerana  kami menyediakan menu yang simple di Gaza dan barangan yang dibeli boleh didapati didalam Gaza walaupun dengan harga agak tinggi. Setelah 7 bulan berlalu, kami telah berbincang dengan beberapa pihak tentang keperluan pendidikan untuk anak-anak Gaza kerana peperangan yang berlanjutan ini boleh membuatkan anak-anak Gaza menjadi lemah kerana tidak mendapat pendidikan sewajarnya.  Kami berhasrat untuk menyediakan pendidikan tidak formal kepada anak-anak di Gaza agar mereka berdaya tahan untuk menempuhi masa depan. Kami akan meneruskan memberi pendidikan kepada kanak-kanak di Gaza melalui program "open learning" dan silibus adalah bergantung kepada keperluan semasa. 

Kanak-kanak tanpa pendidikan akan menjadi sangat rapuh. Justeru, program pendidikan tidak formal ini akan menfokuskan untuk membantu mereka menangani masalah trauma akibat perang yang berterusan, membina komuniti yang mereka rasa selamat untuk berdamping, mengajar asas mengenal nombor dan membaca serta  memperksakan mereka untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Kekacauan yang sedang melanda saudara Islam di Palestin bukan hanya satu ujian kepada mereka yang berada di sana, namun ia juga adalah ujian kepada kita yang sedang menikmati keamanan di sini. Ujian kepada kita adalah untuk menguji sama ada kita mampu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang saudara seagama kepada mereka yang berada dalam peperangan atau kita hanya berdiam diri dalam kesenangan tanpa menitipkan sebarang doa mahupun sumbangan kepada mereka.


Tuan-tuan dan puan-puan, memenuhi tuntutan persaudaraan antara orang Islam walau melalui sekecil-kecil cara seperti berdoa sekalipun boleh menjadi bukti tanggungjawab seorang Muslim terhadap Pencipta dan saudara seagama. Semoga titipan doa daripada seluruh umat Islam sedunia dapat memberikan kemenangan dan keselamatan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang meneruskan kehidupan di sana.

Bantuan makanan kering  untuk penduduk di Bandar Gaza pada November 2023

Selagi Palestin belum bebas, kami Cakna Palestin ingin terus mengajak kalian untuk terus membantu rakyat Palestin semampu anda. Menyumbanglah supaya rakyat Palestin tahu, mereka masih boleh mengharapkan kita saudara-saudara seakidah mereka di Malaysia. Jika tidak mampu, sebarkan maklumat ini agar usaha kami dalam membantu rakyat Palestin tidak terhenti.



Bantuan Khemah untuk penduduk Gaza pada Oktober 2023.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PENDIDIKAN
KECEMASAN (UMUM)
INFRASTRUKTUR
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Ada Soalan? Klik Ni